Topik 101 : Bermusafir itu Azab

السفر (as-safar) : pengembaraan
قطعة (qit'ah) : sepotong
من (min) : daripada
العذاب (al-azab) : penyeksaan
PENERANGAN

Banyak dugaan ketiga belayar dan mengembara. Zaman dulu, mereka mengembara menunggang unta. Perjalanan sampai berbulan-bulan. Berjauhan daripada orang tersayang dan tanahair cukup menyeksakan. Ditambah lagi dengan layanan di negara orang dan banyak lagi kesusahan. Jadi, mengembara adalah sebahagian daripada azab yang menyeksakan.
Topik 100: Jadi Buah Mulut

سارت (sarat) : berjalan
به (bi-hi) : dengannya
الركبان (ar-rukban) : para penunggang
PENERANGAN

Biasanya, para musafir arab yang berjalan di padang pasir, akan berbual sesama mereka sambil merentasi perjalan yang jauh. Ini bagi menghilangkan bosan dan menghilangkan penat. Jika sesuatu perkara itu sering menjadi bahan bualan mereka, bermakna perkara tersebut akan tersebar dan terkenal. Kerana mereka juga akan membawa perkara itu ke tempat jauh yang mereka tuju. Jadi perkara yang menjadi 'buah mulut' seperti ini akan sebut: سارت به الركبان
Tarikh pelajaran : 14 May 2011 oleh wanrusli.net
Topik 099: Percakapan Berkait-Berkaitan

الحديث (al-hadith) :perbualan
ذو (zu) :mempunyai
شجون (syujun) : perkaitan
PENERANGAN
Bila orang bertanya kita pasal satu-satu perkara, dan perkara itu terlalu banyak benda berkaitan yang perlu diterangkan, maka kita "panjang ceritanya". dalam bahasa Arab mereka kata الحديث ذو شجون. Bermakna, percakapan berkenaan berkait-kait dan menjadi panjang lebar.
Tarikh pelajaran : 13 May 2011 oleh wanrusli.net
Topik 098: Galakkan Bersederhana

خير (khairu) : sebaik-baik
الأمور (al-umur) : perkara / urusan
أوساطها (awsatuha) :yang pertengahannya
PENERANGAN

Terlalu membazir dan berboros adalah perbuatan yang tidak disukai. Terlalu kedekut pun tidak baik juga. Yang sebaik-baknya ialah yang pertengahan. Iaitu tidak terlalu berlebihan dan tidak terlalu berkira dan kedekut. Itu yang sebaik-baiknya.
Tarikh pelajaran : 12 May 2011 oleh wanrusli.net
Topik 097: Ujian Yang Menentukan

عند (inda) : ketika
الامتحان (al-imtihan) : ujian
يكرم (yukramu) : dimuliakan
المرء (al-mar'u) : seseorang
أو (aw): atau
يهان (yuhan) : dihina
PENERANGAN

Manusia sentiasa diuji. Ujian adalah bagi mengetahui keupayaan seseorang. Allah menguji hamba-Nya bagi melihat tahap keimanan dan ketaqwaan. Murid diuji guru bagi melihat setakat mana dia memahami apa yang diajar. Keputusan ujian menentukan samada dia disanjung kerana keupayaannya atau dihina kerana kegagalannya. Keindahan peribahasa ini ialah kesamaan bunyi akhir perkataan الامتحان (al-imtihan) dan يهان (yuhan).
Tarikh pelajaran : 11 May 2011 oleh wanrusli.net
Topik 096: Masa itu emas

الوقت (al-waqt): masa
من (min) : daripada
ذهب (zahab) : emas
PENERANGAN

Emas. Logam yang nilainya amat tinggi. Orang yang tahu nilai emas tidak akan membuangnya dengan sia-sia. Antara tanda keadilan Tuhan ialah Dia memberikan "emas" ini secara semata rata kepada manusia, tanpa mengira miskin atau kaya. Kedua-dua diberikan 24 jam satu hari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun. Tapi si kaya menghargai "emas" sehingga dia menjadi kaya. Si alim dan si jahil juga diberikan "emas" yang sama. Tapi si alim menggunakan emas ini untuk menuntut ilmu dan membaca lalu dia berjaya menukarkan emas itu dengan ilmu.
Tarikh pelajaran : 10 May 2011 oleh wanrusli.net
Topik 095: Indah Khabar Dari Rupa

تسمع (tasma') : awak dengar
ب (bi) : dengan / pasal
المعيدي (al-Muaidiy) : Al-Muaidiy
خير (khairun) : lebih baik
من (min) : daripada
أن (an) : bahawa
تراه (tara-hu): awak melihatnya
PENERANGAN

Al-Muaidiy adalah seorang terkenal. Namanya sebut oleh semua orang kerana kehebatannya. Tertarik dengan apa yang didengar tentang al-Muaidiy ini, seorang lelaki mengembara bagi menemui al-Muaidiy. Apabila bertemu dengan al-Muaidiy, baru dia tahu yang sebenarnya al-Muaidiy itu tidaklah sehebat apa yang didengar. Peribahasa ini sama dengan perbahasa Melayu : indah khabar dari rupa.
Tarikh pelajaran : 06 May 2011 oleh wanrusli.net
Topik 094 : Tidak Kena Mengena

لا (la) : tiada
ناقة (naqata) : unta betina
ولا (wa-la) : dan tiada
جمل (jamal) : unta jantan
PENERANGAN

Unta bagi orang Arab adalah harta yang berfaedah. Di samping menjadi kenderaan padang pasir, ia juga boleh dimakan dagingnya dan dimunim susuya. Jadi, jika satu-satu urusan atau perkara itu tidak berkenaan dan tiada kepentingan bagi mereka, mereka kata لا ناقة لي فيها وجمل "tiada unta betina bagiku dalam perkara itu dan tidak juga unta jantan".
Tarikh pelajaran : 05 May 2011 oleh wanrusli.net
Topik 093 : Tiada Berkelahi

لا (la) : tidak
ينتطح (yantatih) :bertanduk
فيها (fi-ha) : padanya
عنزان (anzan) : dua ekor kambing
PENERANGAN

Sesuatu yang dipertikaikan oleh dua pihak akan membawa kepada pergaduhan. Kalau sesuatu itu dipersetujui ramai dan tiada pihak yang membantah, maka orang Arab kata لا ينتطح فيه العنزان.
Tarikh pelajaran : 04 May 2011 oleh wanrusli.net
Topik 092 : Besi dan besi

إن (inna) : sesungguhnya
الحديد (al-hadid) : besi
ب (bi) : dengan
الحديد (al-hadid) : besi
يفلح (yuflah) : dipecahkan
PENERANGAN

Hanya besi yang dapat menundukkan besi. Besi dengan kayu tidak menjadi. Orang Melayu kata, "buku bertemu ruasnya". Perkataan يفلح (yuflah) bermasuk dipecahkan. Sebab itulah 'petani' dalam bahasa Arab disebut فلاح (fallah) kerana dia memecahkah tanah untuk tanaman.
Tarikh pelajaran : 04 May 2011 oleh wanrusli.net
Topik 091 : Kuda Jatuh Juga

ل (li) : bagi
كل (kulli) : setiap
جواد (jawad) : kuda pantas
كبوة (kabwah) : gelincir kaki /jatuh
PENERANGAN

Perkataan جواد bermaksud kuda tangkas. Kuda biasanua disebut حصان (hison) atau فرس (faras) sahaja. Setangkas manapun kuda, pasti ada masanya ia terjatuh juga. Begitulah juga manusia. Sehebat mana pun dia, pasti pasri dia tertewas juga. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
Tarikh pelajaran : 03 May 2011 oleh wanrusli.net
Topik 090: Sebelum Menghukum

العتاب (al-'itab) : mencela
قبل (qabla) : sebelum
العقاب (al-'iqab) : hukum
PENERANGAN
Bila kesalahan dilakukan oleh seorang terhadap anda, marahilah dia kerana kesalahannya itu. Jangan cepat menghukumnya. Hukuman adalah jalan terakhir. Perkataan العتاب (al-'tab) bermakna memarahi orang melakukan kesalahan dengan nada nasihat dan bukan menengkingdan mengherdik. Contoh العتاب (al-'itab) ialah : "Kenapa awak buat macam ini? Tidak patut awak buatkan saya macam ini..".
Tarikh pelajaran : 02 May 2011 oleh wanrusli.net
Topik 089: Gemukkan Anjing

أسمن (asmin) : gemukkan
كلبك (kalbaka) : anjing anda
يأكلك (ya'kul-ka) : ia makan anda
PENERANGAN

Perbuatan baik sepatutnya dibalas baik. Bila anda buat baik kepada seseorang, sepatut dia membalas anda dengan perbuatan baik juga. Tetapi, sekiranya pertologan itu dibalas kejahatan, seumpama anda memberi menggemukkan anjing yang akhirnya menggigit tangan anda.
Tarikh pelajaran : 28 Apr 2011 oleh wanrusli.net
Topik 088: Jual jiran

بعت (bi'-tu) : aku jual
جاري (jarii) : jiranku
لا (la) : bukan
داري (darii) : rumahku
PENERANGAN

Anda sayangkan rumah yang anda miliki. Tetapi oleh kerana jiran sebelah anda yang selalu menimbulkan masalah dengan anda, anda mengambil keputusan menjual rumah itu. Bila orang bertanya kenapa anda jual rumah itu. Maka jawablah : بعت جاري لا داري "Aku jual jiran aku bukan rumah aku".
Tarikh pelajaran : 28 Apr 2011 oleh wanrusli.net
Topik 087 : Macam burung unta

مثل (mithlu) : seperti
النعامة (an-na'amah) : burung unta
لا (la) : tidak
طير (tairun) :burung
و (wa) : dan
لا (la) : tidak
جمل (jamal) : unta
PENERANGAN

Peribahasa ini berkenaan orang munafik yang suka bermuka-muka. Mereka tidak mempunyai pendirian yang tetap. Jadi mereka amat sukar dikenali dengan pasti. Orang seperti ini diibaratkan seperti burung unta atau ostrich yang mempunyai bentuk burung tetapi tidak boleh terbang dan dalam masa yang sama boleh ditunggang macam unta pula.
Tarikh pelajaran : 26 Apr 2011 oleh wanrusli.net
Topik 086: Perosak pendapat

آفة (afat) : perosak
الرأي (ar-ra'y) : pendapat / pandangan
الهوى (al-hawa) : kehendak diri
PENERANGAN

Bila kita diminta memberi pendapat dalam sesuatu perkara atau isu, kebenaran dan logik adalah asas penting bagi pendapat itu. Kalau pendapat itu hanya mempunyai kepentingan peribadi atau kehendak sendiri, maka pendapat itu dikira rosak dan tidak boleh diguna pakai. Contohnya; kawan meminta pendapat anda untuk membeli sebuah rumah. Anda mengesorkanya supaya jangan membeli rumah tersebut. Sebenarnya anda mempunyai kepentingan tertentu. Contohnya rumah itu lebih besar daripada rumah anda atau sebagainya.
Tarikh pelajaran : 25 Apr 2011 oleh wanrusli.net
Topik 085 : Seumpama api

معظم (mu'zom) : kebanyakkan
النار (an-nar) : api
من (min) : daripada
مستصغر (mustashghar) : dianggap kecil
الشرر (ash-sharar) : percikan
PENERANGAN

Kadang-kadang gurauan biasa boleh membawa kepada perang besar. Benda yang kecil boleh menjadi punca kepada benda yang besar. Ibarat api yang besar atau kebakaran adalah bermula daripada api atau percikan yang dianggap kecil pada mulanya.
Tarikh pelajaran : 23 Apr 2011 oleh wanrusli.net
Topik 084 : Tanam duri

إنك (innaka) : sesungguhnya anda
لا (la) : tidak
تجني (tajni) : memetik
من (min) : daripada
الشوك (asy-syauk) : duri itu
العنب (al-inab) : buah anggur
PENERANGAN

Menanam duri bermakna membuat perkara yang menyakitkan orang lain. Kalau 'duri' itu yang kita tanam untuk orang, janganlah diharap kita akan dapat 'buah anggur' sebagai hasilnya. Yang kita dapat adalah 'duri' juga.
Tarikh pelajaran : 21 Apr 2011 oleh wanrusli.net
Topik 083 : Sarang Labah-Labah

أوهن (awhan) : lebih lemah
من (min) : dari
بيت (bait) : sarang
العنكبوت (al-ankabut) : labah-labah
PENERANGAN

Walaupun ada pengkaji barat menyatakan bahawa sarang labah-labah kalau dikumpulkan, dimampat dan dijadikan baju, baju tersebut sangat kuat dan tidak ditembusi peluru. Itu jika dimampat dan dikumpul. Sarang labah dalam bentuk fizikal asal, yang tergantung pada pokok atau atap rumah sememangnya lemah. Jadi, peribahasa ini memberi maksud, berharap kepada sesuatu atau orang yang lemah umpama bergantung kepada rumah labah-labah. Bila-bila masa sahaja ia boleh terkoyak dan dikoyakkan orang. Ini disebut dalam al Quran Surah Al Ankabut ayat 41.

Tarikh pelajaran : 20 Apr 2011 oleh wanrusli.net
Topik 082: Si Penakut

إن : sesungguhnya
الجبان (al-jaban) : penakut
حتفه (hatfu-hu) : kematiannya
من (min) : dari
فوقه (fauqihi) : atasnya
PENERANGAN

Bila berlaku perang, orang yang penakut akan enggan keluar kerana takutkanmati. Hakikatnya, kematian sememangnya menunggu di atas kepala setiap dari kita. Tiba masanya, ia akan jatuh dan menghempap kepala kita. Orang penakut sentiasa nampak maut itu di atas kepalanya meyebabkannya teragak-agak keluar berperang. Berlainan dengan orang berani yang tidak perasan maut itu di atas kepalanya, menjadikannya terus kehadapan tanpa menyehdahkan bahaya.
Tarikh pelajaran : 19 Apr 2011 oleh wanrusli.net
Topik 081 : Harta yang tidak binasa

القناعة (al-qana'ah) : perasaan cukup
كنز (kanz) : harta
لا (la) : tidak
يفنى (yafna) : binasa
PENERANGAN

Manusia biasanya tidak pernah rasa cukup dengan harta yang dikumpulnya. Walau bertimbun sekalipun, perasaan tidak cukup tetap membelenggu perasaannya. Jadi, rasa redha dan bersyukur dengan apa sudah ada serta tidak terlalu tamak mengejar harta sehingga menggadai harga diri dan agama adalah dikira 'harta' juga. Harta jenis ini tidak kehabisan dan rosak, berbanding dengan harta wang ringgit yang menjadi rebutan dan mudah dirompak dan dicuri.
Tarikh pelajaran : 18 Apr 2011 oleh wanrusli.net
Topik 080 : Rela Mati

المنية (al-maniyyah) : kematian
لا (la) : tidak
الدنية (ad-daniyyah) : kehinaan
PENERANGAN

Dalam peperangan, askar-askar yang bermaruah lazimnya tidak mudah menyerah kalah. Mereka akan berjuang sehingga titisan darah terakhir walaupun mereka tahu mereka pasti kalah. Kerana menyerah kalah adalah kehinaan. Jadi mereka lebih rela menghadapi kematian tetapi tidak sanggup mengalami kehinaan. Orang Melayu kata, "biar berputih tulang, jangan berputih mata".
Tarikh pelajaran : 17 Apr 2011 oleh wanrusli.net
Topik 079 : Sabar adalah kuncinya

الصبر (ash-shobru) : sabar
مفتاح (miftah) : anak kunci
الفرج (al-faraj) : pelepasan
PENERANGAN

الفرج (al-faraj) bermakna "terlepas daripada kepayahan". Mungkin anda terkeliru dengan perkataan 'faraj' yang ada dalam bahasa Melayu. Yang itu dalam bahasa Arab disebut الفرْج (al-farj). Jadi, bila menghadapi kesempitan dan kesukaran, sabar adalah kunci untuk mencari pintu keluar daripadanya.
Tarikh pelajaran : 16 Apr 2011 oleh wanrusli.net
Topik 078: Anak Singa

هذا (haza) : ini
الشبل (asy-syiblu) : anak singa
من (min) : daripada
ذاك (zaka) : itu
الأسد (al-asad) : singa
PENERANGAN

Singa adalah penguasa rimba yang hebat dan digeruni. Dan biasanya si anak singa juga akan mewarisi kehebatan bapanya. Peribahasa ini merujuk kepada kehebatan si anak yang diperturunkan oleh bapanya.
Tarikh pelajaran : 15 Apr 2011 oleh wanrusli.net
Topik 077 : Anak Bapak

من (man) : siapa
أشبه (ashbaha) : menyerupai
أباه (aba-hu) : bapanya
فما (fa-ma) : maka tidak
ظلم (zolam) : dia zalim
PENERANGAN

Kalau anda menemui seorang budak suka memukul orang, dan anda tahu bapanya juga kaki pukul, jadi budak itu tidak zalim. Yang zalimnya adalah bapanya yang mewariskan perangai itu kepada anaknya. Orang Melayu kata, "anak borek, bapa rentik". Orang Arab kata, "anak berperangai bapanya tidak zalim, yang zalim ialah bapanya" !
Tarikh pelajaran : 14 Apr 2011 oleh wanrusli.net
Topik 076 : Mutiara itu mutiara juga

الدر (ad-durr) : mutiara itu
در (durr) : mutiara
رغم (raghma) : sekalipun
من (man) : siapa
جهله (jahilahu) : tidak mengetahuinya
PENERANGAN

Permata amatlah berharga. Kadang-kadang permata tidak nampak kelihatan kerana diselaputi habuk atau sebagainya. Tapi, permata tetap permata walaupun orang tidak mengenalinya. Itulah ibarat orang yang berilmu atau berbakat sekalipun orang tidak mengendahkannya. Martabatnya tetap tinggi sekalipun tidak dipandang orang.
Tarikh pelajaran : 13 Apr 2011 oleh wanrusli.net
Topik 075 : Hidung Sendiri

أنفك (anfuka) : hidung anda
منك (minka) : daripada anda
ولو (wa law) : walau
كان (kana) : ia adalah
أجدع (ajda') : terpotong sebelah
PENERANGAN

Bentuk hidung biasanya melambangkan keturunan seseorang. Pepatah ini mempunyai makna yang cukup dalam. Seseorang itu mesti mengakui dan bangga dengan keturunan dan asal usulnya dan jangan lupa diri. Sekalipun keturunannya tidak memiliki apa-apa kebanggaan pun.
Tarikh pelajaran : 12 Apr 2011 oleh wanrusli.net
Topik 074 : Mungkin Dia Alasannya

لعل (la'alla) : mungkin
له (lahu) : dia ada
عذراً (uzran) : keuzuran / alasan
و (wa) : sedang
أنت (anta) : awak
تلوم (talumu) : mencelanya

PENERANGAN
Unggapan ini kerap diucapkan oleh orang Arab bagi memaafkan perbuatan seseorang. Ia adalah ungkapan yang berbentuk sangkaan baik. Contohnya, sahabat anda tidak melakukan sesuatu yang dia janji membuatnya. Untuk menyenangkan hati dan tidak menimbulkan perbalahan, anggaplah dia mungkin keuzuran seperti sakit atau sebagainya.
Tarikh pelajaran : 11 Apr 2011 oleh wanrusli.net
Topik 073 : Sahabat Sejati

الصديق (ash-shodiq) : sahabat
وقت (waqta) : masa
الضيق (adh-dhiq) : kesempitan
PENERANGAN
Waktu seseorang kesukaran, sahabat yang sejati akan memunculkan dirinya bagi membantu sahabatnya. Sahabat yang gagal memberi bantuan ketika itu tidak dianggap sahabat sejati.
Tarikh pelajaran : 09 Apr 2011 oleh wanrusli.net
Topik 072 : Kawan Sebelum Jalan

الرفيق (ar-rafiq) : rakan
قبل (qabla) : sebelum
الطر يق (at-tariq) : jalan
PENERANGAN

Rakan adalah teman yang menemani seseorang dalam perjalanan, samada perjalanan biasa atau perjalanan hidup. Memilih kawan adalah asas utama. Kerana silap memilih kawan boleh mengganggu 'perjalanan' tersebut. Jadi, pilih kawan dahulu sebelum memulakan perjalanan.
Tarikh pelajaran : 08 Apr 2011 oleh wanrusli.net
Topik 071 : Berbezalah

خالف (khalif) : berbezalah
تذكر (tuzkar) : anda diingati
PENERANGAN
Orang yang terkenal dan berjaya di dunia ini biasanya orang yang lain daripada orang lain. Samaada dari segi semangatnya atau cara kerja kerja ataupun perwatakannya. Jadi untuk kita dingati dan disebut-sebut orang, kita perlu melakukan sesuatu yang lain daripada kebiasaan orang ramai buat.
Tarikh pelajaran : 07 Apr 2011 oleh wanrusli.net
Topik 070 : Cinta Buta

حبك (hubbuka) : cinta anda
الشيء (asy-syay) : sesuatu
يعمي (yu'mi) : membutakan
و (wa) : dan
يصم (yushimmi) : memekakkan
PENERANGAN
Orang Melayu kata, "cinta itu buta". Orang arab kata "cinta itu menyebabkan buta". Cuma mereka tambah satu lagi iaitu ; memekakkan. Contohnya seseorang lelaki mencintai seorang wanita. Dia akan tidak akan nampak keaiban pada wanita yang dicintainya itu dan apa orang kata pasal wanita itu dia hanya memekakkan telingan sahaja.
Tarikh pelajaran : 06 Apr 2011 oleh wanrusli.net
Topik 069 : Pukul Besi Masa Sejuk

هيهات (haihata) : jauh sekali
تضرب (tadhrib) : awak memukul
في (fi) : pada
حديد (hadid) : besi
بارد (barid) : sejuk
PENERANGAN

Dalam bahasa Arab, perkataan هيهات (haihata) diungkapkan bila menyatakan sesuatu yang tak mungkin tercapai. Kadanag-kadang perkataan ini diulang sebut beberapa kali. Dan besi, hanya dapat dibengkokkan atau diketuk dalam keadaan ia membara. Masa itulah besi itu boleh dibentuk dengan pelbagai bentuk. Tetapi bila sudah sejuk, ia mengeras dan tidak berguna lagi diketuk. Pepatah ini memberi makna, sesuatu tindakan perlu dilakukan pada waktunya, dan jangan ditunggu peluang itu sudah berlalu. Samalah dalam bahasa Melayu, " meletur buluh biar dari rebungnya".
Tarikh pelajaran : 04 Apr 2011 oleh wanrusli.net
Topik 068 : Banjir Melampau

بلغ (balagha) : sampai
السيل (as-sail) : banjir
الزبى (az-zuba) : lubang memerangkap singa
PENERANGAN

السيل (as-sail) ialah banjir yang berpunca dari hujan lebat dikawasan tanah tinggi. Airnya meluncur deras ke bawah dan membawa bersamanya pokok-pokok dan lumpur. الزبى (az-zuba) ialah lubang yang digali pemburu untuk memerangkap singa. Biasanya lubang ini digali di atas bukit kerana singa selalu berada di tanah yang tinggi. Jadi, jika air السيل tadi sudah sampai masuk dalam lubang tadi, ini bermakna perkara ini sudah keterlaluan. Peribahasa ini bagi menggambarkan keadaan atau suasana yang sudah tidak terkawal atau melampau.
Tarikh pelajaran : 01 Apr 2011 oleh wanrusli.net
Topik 067 : Gelincir Lidah

عثرة (athrah) : gelincir
القدم (al qadam) : kaki
أسلم (aslam) : lebih selamat
من (min) : dari
عثرة (athrah) : gelincir
اللسان (al-lisan) : lidah
PENERANGAN

Peribahasa di atas sama dengan yang dalam bahasa Melayu ; terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Tarikh pelajaran : 31 Mar 2011 oleh wanrusli.net
Topik 066: Wakil Musibah

البلاء (al-bala') : musibah, bala
موكل (muwakkalun) : diwakilkan
ب (bi) : dengan
المنطق (al-mantiq) : pertuturan
PENERANGAN
Musibah dan bala yang menimpa mungkin berpunca dari kata-kata kita. Mungkin kerana memberi komen dalam isu tertentu, seseorang itu mungkin didakwa dan dipukul. Seseolah musibah menghantar wakilnya kepada kita. Wakilnya itu bernama "pertuturan". Jadi, berhati-hatilah dengan wakil kepada musibah ini. Kerana anda mungkin menjadi mangsanya. Kata orang Melayu, "Kerana mulut badan binasa".
Tarikh pelajaran : 30 Mar 2011 oleh wanrusli.net
Topik 065 : Lidah Perosak

آفة (afatu) : perosak
الإنسان (al-insan) : manusia
في (fi) pada
اللسان (al-lisan) : lidah
PENERANGAN

Ungkapan yang dibawa oleh lidah manusia boleh membawa kepada kerosakan. Berlakunya pergaduhan dan pertikaian bermula banyak yang bermuala dengan pertikaman lidah. Jadi, yang menjadi perosak manusia ialah lidahnya sendiri.
Tarikh pelajaran : 29 Mar 2011 oleh wanrusli.net
Topik 064 : Ingat Pembohongan

كن (kun) : jadilah
ذكوراً (zakuran) : orang kuat ingatan
إذا (iza) : bila
كنت (kunta) : awak adalah
كذوباً (kazuban) : orang kerap berbohong
PENERANGAN
Orang yang cakap bohong selalu tidak ingat apa yang dia bohong dulu. Dari situ, mudahlah orang mengetahui pembohongannya. Jadi, bila hendak berbohong, pastikan ingat apa yang pernah dibohongi itu. Tapi, kalau bercakap benar, benda yang benar itu tidak perlu dihafal, kerana kebenaran itu adalah semulajadi dan biasa diingat secara otomatik sahaja!
Tarikh pelajaran : 28 Mar 2011 oleh wanrusli.net
Topik 063 : Bohong Musailamah

أكذب (akzab) : lebih bohong
من (min) : dari
مسيلمة (Musailamah)
PENERANGAN

Dalam sejarah Islam, Musailamah terkenal sebagai pembohong besar bila dia mengaku menerima wahyu dan menjadi Rasul. Oleh kerana bohongnya yang tidak ada tolak bandingnya, dia telah tercatit dalam sejarah dan juga dalam kata bidalan Arab hingga ke hari ini. Bila ada di kalangan kita yang suka berbohong, kita kata dia macam Musailamah. Dan kalau hendak sedap lagi, katakan أكذب من مسيلمة, lebih teruk dari Musailamah !
Tarikh pelajaran : 27 Mar 2011 oleh wanrusli.net
Topik 062 : Kuat Lawan Lemah

الظفر (az-zofar) : menang
على (ala) : keatas
الضعيف (adh-dhaif) : yang lemah
هزيمة (hazimah) : satu kekalahan
PENERANGAN

Tidak dikira kita menang kalau orang yang kita tewaskan itu ialah orang yang memang lemah dan tidak berupaya melawan. Atau dengan kata lain orang yang kita kalahkan itu tidak setanding dengan kita. Kemenangan berlaku bila kita bersaing dengan orang sama taraf dan keupayaaan dengan kita. Kalau tidak, kemenangan kita dianggap tadi boleh dianggap satu kekalahan.
Tarikh pelajaran : 26 Mar 2011 oleh wanrusli.net
Topik 061 : Kata-kata Malam

كلام (kalam) : kata-kata
الليل (al-lail) : malam hari
يحموه (yamhu-hu) : menghapuskannya
النهار (an-nahar) : oleh siang
PENERANGAN

Ada kata-kata yang menyakitkan hati dan membawa permusuhan antara insan. Jadi, dalam mengelakkan permusuhan ini, sikap memaaf dan melupakan kata-kata tadi amat perlu. Anggaplah kata-kata semalam berlaku pergi dengan datang siang.
Tarikh pelajaran : 25 Mar 2011 oleh wanrusli.net
Topik 060 : Jaguh Kampung

كل (kullu) : semua
كلب (kalb) : anjing
ب (bi) : pada
بابه (babihi) : pintunya
نباح (nabbah) : menyalak dengan kuat
PENERANGAN

Kalau hendak jadi hebat, kita kena hebat di mana-mana saja. Bukan hanya setakat jaguh kampung yang hanya hebat di dalam kalangan penghuni kampungnya sahaja. Bila bersaing dengan orang luar, dia terus kecundang. Ibarat macam anjing tadi yang lantang menyalak bila berada di pintu rumah yang dijaganya sahaja.
Tarikh pelajaran : 23 Mar 2011 oleh wanrusli.net
Topik 059 : Berpura-pura

فم (famun) : mulut
يسبح (yusabbih) : bertasbih
يد (yadun) : tangan
تذبح (tuzabbih) : menyembelih
PENERANGAN
Mulut yang berkumit-kumit bertasbih adalah tanda seseorang itu wara' dan bertaqwa. Tangan yang menyembelih pula bermakna seseorang yang ganas dan tidak berperikemanusiaan. Menyembelih di sini tidak bermakna membunuh orang atau binatang sahaja. Ia juga boleh bermakna menipu, memperdaya orang dan juga mengambil hak orang. Bila berkumpul dua tingkah laku di atas pada seseorang, maka ini bermakna kepura-pura atau talam bermuka dua.
Tarikh pelajaran : 22 Mar 2011 oleh wanrusli.net
Topik 058 : Setiap Tempat Ada Katanya

ل (li) : bagi
كل (kulli) : setiap
مقام (maqam) : tempat
مقال (maqal) : kata-kata, ungkapan
PENERANGAN

Setiap situasi ada kata-kata yang sesuai dituturkan. Bermakna, dalam suasana tertentu, hanya kata-kata tertentu sahaja perlu diucapkan. Ini memberi makna bahawa, kita perlu berfikir dahulu sebelum mengucapkan kata-kata. Kerana ada kata -kata itu tidak sesuai pada tempatnya. Peribahasa ini juga memberi gambaran bahawa kita tidak perlu memberi komen dalam setiap perkara. Ada perkara yang kita kurag arif, jadi mendiamkan diri adalah lebih baik. Perkataan مقام (maqam) makna asalnya ialah 'tempat berdiri'. مقام إبراهيم ialah tempat berdiri Nabi Ibrahim ketika membina Kaabah.
Tarikh pelajaran : 21 Mar 2011 oleh wanrusli.net
Topik 057 : Kurang makan

أقلل (aqlil) : kurangkan
طعامك (ta'amak) : makanan anda
تحمد (tahmad) : anda puji
منامك (manamak) : tidur anda
PENERANGAN

Makan yang banyak boleh menyebabkan tidur anda tidak selesa. Sebab itu kita dinasihatkan tidak makan sekurangnya 2 jam sebelum tidur. Apapun, mengurangkan makan menjadi amalan orang Arab sejak dulu, makan hanya untuk mengalas perut sahaja.
Tarikh pelajaran : 20 Mar 2011 oleh wanrusli.net
Topik 056 : Kerana Muafakat

(law) : kalau
(laa) : tiada
(wiam) : sepakat
(la) : nescaya
(halaka) : binasa
(anam) : manusia
PENENERANGAN
Manusia makhluk Tuhan yang hidup secara bermasyarakat dan muafakat. Kalau tiada sikap ini, sudah pasti manusia akan musnah kerana peperangan yang tidak berkesudahan. Apabila ada muafakat untuk hidup aman dan tidak berperang, maka selamatlah jiwa dan nyawa manusia.
* perkataan (laa) pertama bermakna 'tidak' dan (la) nescaya.
Tarikh pelajaran : 19 Mar 2011 oleh wanrusli.net
Topik 055: Satu Sedekah

الكلمة (al-kalimah) : kata-kata
الطيبة (at-toyyibah) : yang baik
صدقة (sodaqah) : satu sedekah
PENERANGAN

Bila seseorang meminta pertolongan atau sedekah daripada kita, dan kita enggan memberikan permintaannya, cukuplah kita mengucapkan kata-kata yang baik kepadanya. Kata-kata yang baik itupun sudah dikira sedekah. Ini lebih baik daripada kita menghulurkan sedekah kepada si peminta tadi kemudian diikuti dengan kata-kata yang menyakitkan hatinya dan menjatuhkan air mukanya pula.
Tarikh pelajaran : 17 Mar 2011 oleh wanrusli.net
Topik 054 : Lakukan Segera

خير (khairu) : sebaik-baik
البر (al-birr) : kebajikan
عاجله (a'jiluh) : yang segera
PENERANGAN

Janji hendak melakukan kebaikan itu ramai yang boleh buat. Tapi, kadang-kadang janji tinggal janji sahaja. Jadi, kebaikan yang terbaik ialah dengan dengan bersegera melakukannya tanpa tangguh menangguh lagi.
Tarikh pelajaran : 16 Mar 2011 oleh wanrusli.net
Topik 053 : Lisan itu Insan

كل (kullu) : setiap
لسان (lisaan) : lidah
في (fi) : pada
الحقيقة (al-haqiqah) : sebenarnya
إنسان (insaan) : manusia
PENERANGAN
Lidah seseorang itu mewakili dirinya. Kalau ingin tahu siapa dia, bagaimana akhlaknya, perhatikanlah lidah. Cara bercakap memberi gambaran kepada kita bagaimana keilmuan seseorang. Jadi, lidah atau lisan itu adalah insan itu sendiri.
Tarikh pelajaran : 15 Mar 2011 oleh wanrusli.net
Topik 052 : Antara Yang Cerdik dan Yang Jahil

ظن (zonnu) : sangkaan
العاقل (al-'aqil) : orang pandai
خير (khairun) : lebih baik
من (min) : daripada
يقين (yaqin) : keyakinan
الجاهل (al-jahil) : orang bodoh
PENERANGAN

ظن (zonn) bermakna "tidak pasti" atau "rasa-rasa". Manakala يقين (yaqin) ialah "pasti". Orang cerdik melihat sesuatu dengan akal fikiran yang berpanduka ilmu dan pengalaman. Si jahil pula melihat sesuatu pada mata kasarnya sahaja. Sebab itulah, pandapat seseorang yang jahil tidak sama dengan pendapat si cerdik yang berilmu tadi.
Tarikh pelajaran : 12 Mar 2011 oleh wanrusli.net
Topik 051 : Macam Kambing Yang Hilang

الحكمة (al-hikmah) : kebijaksanaan
ضالة (dhollatu) : milik yang hilang
المؤمن (al-mukmin) : orang beriman
PENERANGAN

الحمكة (al-hikmah) mempunyai banyak makna. Antaranya ialah ilmu, kata-kata yang bistari dan kebijaksanaan. Orang yang beriman perlu menganggap segala ilmu yang baik adalah miliknya walaupun ia diterokai oleh orang yang tidak beriman. Dia perlu belajar dan menguasai ilmu itu dengan bersungguh-sungguh. Seperti seorang pengembala yang kehilangan kambingnya. Dia akan berusaha mendapatkan balik kambingnya itu dengan apa cara sekalipun. Sekiranya kambing itu ditemui, dia hendaklah mengambilnya kembali kerana kambing itu adalah ضالة (dhollah) baginya. Pepatah ini berasal daripada sebuah hadis nabi.
Tarikh pelajaran : 11 Mar 2011 oleh wanrusli.net
Topik 050: Lebih Baik daripada Berkawan

الوحدة (al-wuhdah) : berseorangan
خير (khairun) : lebih baik
من (min) : daripada
جليس (jalis) : teman
السوء (as-su') : jahat
PENERANGAN

Seseorang selalunya terpengaruh dengan kawannya. Kalau hendak mengenal seseorang itu, lihat kawannya siapa. Kalau kawannya jahat, dia pun berperangai demikian. Sebab kedua-duanya berkawan kerana adanya kesamaan. Kalau tidak ada kesamaan, mereka tidak akan dapat berkawan. Berkawan kalau mendatangkan kecelakaan dan kejahatan, adalah lebih kita bersendirian sahaja. Itu lebih selamat.
Tarikh pelajaran : 10 Mar 2011 oleh wanrusli.net
Topik 049 : Kata-kata dan Nikmat

رب (rubba) : ada kala
كلمة (kalimah) : kata-kata
سلبت (salabat) : merampas
نعمة (ni'mah) : nikmat
PENERANGAN
Kerana kata-kata, insan boleh menderita. Oleh kerana tidak berhati-hati ketika berkata-kata, nikmat yang sepatutnya kita terima, dirampas dari kita. Ada orang yang berniat memberikan kita sesuatu, mungkin menarik balik niatnya kerana kata-kata kita.
Tarikh pelajaran : 09 Mar 2011 oleh wanrusli.net
Topik 048 : Rahsia Sendiri

صدرك (shodruka) : dada anda
أوسع (ausa') : lebih luas
لسرك (li-sirrika) : untuk rahsia anda
PENERANGAN

Kita selalu merasa sempit dada bila menyimpan rahsia sendiri. mahu saja kita bercerita dengan kawan atau kenalan berkenaan rahsia kita itu. Hakikatnya, walaupun dada kita sempit dengan rahsia kita, dada orang lain lebih sempit lagi untuk menyimpan rahsia kita. Jadi, walau macamana sempit dada sendiri, ia adalah paling luas untuk rahsia sendiri.
Tarikh pelajaran : 07 Mar 2011 oleh wanrusli.net
Topik 047 : Jangan Libatkan Aku !

رب (rubba) : ada kalanya
كلمة (kalimah) : perkataan
تقول (taqul) : berkata
ل (li) : untuk
صاحب (sohib) : tuan punya
ها (ha) : nya
دع (da') : tinggalkan
ني (ni) : aku
PENERANGAN

دعني (da'ni) bermakna 'tinggalkan aku' atau 'jangan libatkan aku' disebut bila anda minta seseorang menjauhi diri dari anda. Apabila perkataan yang keluar dari mulut sendiri berkata 'jangan libatkan aku', ini bermakna perkataan yang keluar itu, kalau berupa seorang manusia, dia tidak mahu terlibat dengan bahaya yang akan menimpa si penuturnya. Pepatah ini berasal dari sebuah cerita di mana seorang raja Arab bernama Al Munzir yang zalim keluar bersiar-siar bersama beberapa pengiring dan pengawalnya. Di sana terdapat sebuah batu besar dan raja itu bersama seorang pengiringnya berdiri di atas batu tadi. Si pengiringnya berkata, "tuanku, kalau seseorang disembelih di atas batu besar ini, agaknya darahnya akan mengalir sampai ke mana?". Si raja zalim tadi berpaling kepada pengiringnya itu dan berkata, "Sekejap lagi awak tahu !" Baginda memerintah pengawal menyembelih pengiring yang bertanya tadi dan berkata,
رب كلمة تقول لصاحبها دعني
Kata-kata raja ini akhirnya menjadi pepatah yang disebut sehingga hari ini. Ia bermaksud, kata-kata seseorang itu kadang-kadang membawa bencana kepada penuturnya.
Tarikh pelajaran : 06 Mar 2011 oleh wanrusli.net
Topik 046: Diam Lebih Bermakna

رب (rubba) : ada kalanya
سكوت (sukut) : diam
أبلغ (ablagh) : lebih sampai maksud
من (min) : daripada
الكلام (al-kalam) : berkata-kata
PENERANGAN
Bukan semua keadaan kita mesti mengeluarkan komen atau kata-kata. Kadang-kadang diam sahaja sudah cukup memberi makna. Diam bukan hanya bermaksud 'no komen'. Dia boleh juga bermakna marah dan sebagainya.
Tarikh pelajaran : 05 Mar 2011 oleh wanrusli.net
Topik 045 : Jaga Lidah

حفظ (hifz) : jaga
اللسان (al-lisan) : lidah
راحة (rahatu) : kerehatan
الإنسان (al-insan) : manusia
PENERANGAN

Kebanyakan malapetaka sebenarnya berpunca daripada lidah. Ramai sudah telah terbunuh angkara lidah sendiri. Banyak masalah berlaku asal hanya pertikaman lidah sahaja. Jadi, menjaga lidah dan berhati-hati mengatur kata, dapat menyelamatkan seseorang insan dari mendapat kesusahan nantinya.
Tarikh pelajaran : 04 Mar 2011 oleh wanrusli.net
Topik 044 : Ikat dengan Syukur

قيدوا (qayyidu) : ikat
نعم (ni'am) : nikmat-nikmat
الله (Allah) : Tuhan
ب (bi) : dengan
الشكر (asy-syukr) : bersyukur
PENERANGAN
نعم (ni'am) adalah kata jamak bagi نعمة (ni'mah). Nikmat-nikmat Allah kepada kita manusia ini terlalu banyak. Dengan berterima kasih kepada-Nya, kita seseolah mengikat nikmat itu agar dia tidak terlepas dari kita. Dalam Al Quran, Allah ada mengingatkan bahawa kalau bersyukur, nikmat akan ditambahkan (surah Ibrahim : ayat 7)

Tarikh pelajaran : 03 Mar 2011 oleh wanrusli.net
Topik 043: Mengajar Si Yatim Menangis

لا (la) : jangan
تعلم (tu'allim) : awak mengajar
اليتيم (al-yatim) : anak yatim
البكاء (al-buka') : menangis
PENERANGAN

Orang yang sudah lama berpengalaman dalam sesuatu pekerjaan, tidak perlu lagi diberi tunjuk ajar. Bahkan orang lain pula kena belajar daripadanya. Macam si yatim yang memang hidup dipenuhi tangisan tidak perlu lagi diajar bagaimana hendak menangis !
Tarikh pelajaran : 01 Mar 2011 oleh wanrusli.net
Topik 042 : Anjing Menyalak Awan

لا (la) : tidak
يضر (yadhurru) : memudharatkan
السحاب (as-sahab) : awan
نباح (nubah) : salakan
الكلاب (al-kilab) : anjing-anjing
PENERANGAN

Awan berada di langit tinggi dan anjing-anjing pula berada di bawah. Walaupun anjing itu menyalakkan awan, awan tidak akan terjejas sedikitpun. Begitulah jika kita berada di pihak yang benar. Semua kutukan dan celaan orang lain tidak perlu dilayan dan dihiraukan. Kita tidak terjejas sedikitpun kerana perbuatan mereka. Pepatah Melayu kata, "Macam anjing manyalak bukit".
Tarikh pelajaran : 28 Feb 2011 oleh wanrusli.net
Topik 041 : Pendapat Orang Tua

رأي (ra'yu) : pendapat
الشيخ (asy-syaikh) : orang tua
خير (khairun) : lebih baik
من (min) : daripada
مشهد (masyhad) : penyaksian
الغلام (al-ghulam) : budak
PENERANGAN

Orang tua bila memberi pendapat, pendapatnya berdasarkan pengalaman yang dilaluinya. Jadi, meminta pendapat dari seseorang yang tua lebih baik daripada mendengar dari seseorang budak, walaupun budak itu melihat dengan matanya sendiri.
Tarikh pelajaran : 25 Feb 2011 oleh wanrusli.net
Topik 040 : Si Tawaduk Diangkat

من (man) : siapa
تواضع (tawadhaa') : merendah diri
رفعه (rafaa'hu) : mengangkatnya
الله (Allah) : Allah
PENERANGAN

Orang yang merendah diri sebenarnya bukan merendah dan menghina diri sendiri. Sebaliknya dia sebenarnya sedang meletakkan dirinya hebat pada mata orang lain. Allah pasti akan mengngkat darjatnya. Orang yang sombong dan takbur pula akan dibenci. Dengan sikap takbur, seseorang itu sebenarnya menjatuhkan martabat dirinya sendiri, tanpa dia sedari.
Tarikh pelajaran : 24 Feb 2011 oleh wanrusli.net
Topik 039 : Asal Tanah Kembali Ke Tanah

إلى (ila) : kepada
التراب (at-turab) : tanah
يصير (yashir) : berkesudahan
الناس (annas) : manusia
كلهم (kulluhum) : semuanya
PENERANGAN

Tubuh manusia adalah berasal dari unsur tanah. Makanan yang kita makan semua bersumberkan tanah. Beras tumbuh dari sumber tanah. Daging lembu pula terbentuk dari rumput yang bersumberkan tanah. Dan semua kita dari Adam yang sememangnya berasal dari tanah. Jadi, semua manusia dicipta Tuhan sama sahaja. Sejauh mana kita hendak menyombong diri dan takbur kalau kesudahan kita semua ke tanah jua. Walau sekaya mana pun insan itu, bila mati, jasadnya tidak akan bertukar emas.
Tarikh pelajaran : 23 Feb 2011 oleh wanrusli.net
Topik 038 : Nereka di dalam Genggaman

عليك (alaika) : awak mesti
بالجنة (bil-jannah) : dengan syurga
فإن (fa-inna) : kerana sesungguhnya
النار (an-nar) : neraka
في (fi) : dalam
الكف (al-kaff) : tapak tangan
PENERANGAN

عليك (alaika) dan selepasnya ب (bi) akan bermakna "awak mesti berusaha mendapatkan..". Di sini, maknanya : anda mesti berusaha mendapatkan syurga. Sebabnya, untuk mendapat syurga, bukannya mudah. Anda perlu melawan nafsu, bermujahadah dengan meninggal apa yang dilarang dan melakukan apa yang disuruh Allah. Neraka pula memang mudah dan sudah dalam genggaman setiap daripada kita. Dengan berseronok-seronok, berpoya-poya dan tidak melakukan apa-apapun sudah dapat menempah tiket ke neraka. Jadi, tidak perlu bersusah payah kalau setakat hendak ke neraka !
Tarikh pelajaran : 22 Feb 2011 oleh wanrusli.net
Topik 037: Taubat itu Sukar

ترك (tarku) : meninggalkan
الذنب (az-zanb) : dosa
أيسر (aysar) : lebih mudah
من (min) : dari
طلب (tolabi) : mencari
التوبة (at-taubah) : taubat
PENERANGAN

Bila bertaubat daripada satu-satu dosa, kita tidak pasti samada taubat kita tadi diterima atau tidak. Kerana tidak ada malaikat yang datang membisikkan ke telinga kita bahawa taubat anda sudah diterima Tuhan. Cuma kita hanya boleh bersangka baik bahawa Allah menerimanya. Jadi, adalah lebih berfikir dua kali sebelum tergamak melakukan dosa. Kerana taubat itu bukanlah sesuatu yang mudah. Ada syarat-syaratnya dan kita tidak pasti diperkenankan oleh-Nya atau kita syok sendiri.
Tarikh pelajaran : 20 Feb 2011 oleh wanrusli.net
Topik 036: Usaha Dan Tawakkal

اعقلها (i'qil-ha) : tambat dia
و (wa) : dan
توكل (tawakkal) : bertawakkallah
PENERANGAN

Bertawakkal tidak bermakna kita berpeluk tubuh dan tidak melakukan apa-apa. Unta perlu ditambat juga. Usaha dan tawakkal mesti serentak dan sekali gus. Bukan usaha dan kemudian bertawakkal, sebagaimana pegangan orang kita. Dalam bahasa Arab و (wa) yang bermakna 'dan' memberi gambaran bahawa usaha manambat itu sekali dengan tawakkal. Kalau tambat dan kemudian tawakkal, maka ثم (thumma) akan digunakan. Pepatah ini berasal daripada hadith nabi.
Tarikh pelajaran : 19 Feb 2011 oleh wanrusli.net
Topik 035 : Pengakuan Salah

الاعتراف (al-i'tiraf) : pengakuan
يهدم (yahdimu) : membinasakan
الاقتراف (al-iqtiraf) : perlakuan
PENERANGAN

Orang yang buat kesalahan atau dosa, bukan senang mengakui kesilapannya. Dengan mengaku secara jujur, kemungkinan besar dosanya dimaafkan dan perlakuannya dilupakan. Dalam banyak kes mahkamah, bila tertuduh mengaku, hukumannya diringankan.
Tarikh pelajaran : 18 Feb 2011 oleh wanrusli.net
Topik 034 : Ikat Tali

يا (yaa) : wahai
عاقد (aqid) : yang mengikat
اذكر (uzkur) : ingatlah
حلاً (hallan) : buka ikatan / penyelesaian
PENERANGAN

Bila mengikat tali unta pada batang kurma, tuan unta itu mesti ingat cara membuka ikatan itu. Kalau tidak, nanti dia akan menghadapi kesukaran dan mungkin perlu memotong tali itu. Begitulah dalam kehidupan ini. Setiap keputusan yang hendak diambil, perlu difikirkan kesannya nanti. Segala tindakan perlu difikirkan juga kesan masa depan. Mungkin ia akan menyusahkan kita, seperti tuan unta yang sukar membuka ikatan untanya tadi.
Tarikh pelajaran : 17 Feb 2011 oleh wanrusli.net
Topik 033 : Duit Putih

القرش (al-qirshu) : duit siling
الأبيض (al-abyadh) : putih
ينفع (yanfau')
في (fi) : pada
اليوم (al-yaumi) : hari
الأسود (al-aswad) : hitam
PENERANGAN

Siling putih ialah duit yang rendah nilainya. Macam duit 5 sen. Setengah orang hanya membuang atau tidak mengambil daripada baki pembelian. Duit ini, walaupun nilainya kecil, di saat kesempitan ia ada nilainya. Dengan menyimpannya, mungkin ia akan memberi manfaat kepada kita satu hari kelak. 'Hari hitam' ialah hari kita ditimpa kesempitan samada kewangan atau sebagainya.
Tarikh pelajaran : 16 Feb 2011 oleh wanrusli.net
Topik 032 : Simpan Rahsia

صدور (sudur) : dalam dada
الأحرار (al-ahrar) : orang-orang merdeka
قبور (qubur) : kubur
الأسرار (al-asrar) : rahsia-rahsia
PENERANGAN

Rahsia adalah amanah. Apabila orang memberitahu kita rahsianya, kita wajib menyimpan amanah atau rahsia itu dan jangan dibocorkan kepada orang lain. Orang merdeka adalah lawan bagi hamba. Orang merdeka, dalam budaya bahasa Arab ialah orang mempunyai jati diri yang tinggi dan akhlak sejati. Orang seperti ini biasanya akan menyimpan rahsia. Segala rahsia itu seseolah terkubur didalam dadanya dan tiada harapan lagi untuk terbongkar !
Tarikh pelajaran : 15 Feb 2011 oleh wanrusli.net
Topik 031 : Dijual Berharga

اشتر (isytari) : membelilah
لنفسك (li-nafsika) : untuk diri anda
وللسوق (wa lis-suq) : dan untuk pasar
PENERANGAN
Bila kita hendak membeli apa-apa barang, antara perkara yang perlu difikirkan ialah : adakah benda ini ada harga bila kita menjualnya kembali? Kereta adalah contoh terbaik. Ada jenis kerata yang tiada harga bila dijual sebagai "second hand". Siapa tahu, satu hari kita kesempitan dan memerlukan kewangan yang memaksa kita menjual benda tersebut. Kata orang Melayu "Alah membeli, menang memakai".
Tarikh pelajaran : 14 Feb 2011 oleh wanrusli.net
Topik 030 : Tinggalkan Kejahatan

اترك (utruk) : tinggalkan
الشر (asy-syarra) : kejahatan
يتركك (yatruk-ka) : dia tinggalkan awak
PENERANGAN
Kejahatan ada sumpahannya sendiri. Satu kejahatan yang kita lakukan pada orang, pasti lambat laun, ia akan terpantul ke batang hidung kita sendiri. Jadi, bagi mengelakkan terkena kejahatan, tidak perlu kita hampirinya, Tinggalkan dia. Kejahatan akan meninggalkan kita.
Tarikh pelajaran : 13 Feb 2011 oleh wanrusli.net
Topik 029 : Garu Gatal Kulit Sendiri

ما (ma) : tiada
حك (hakka) : menggaru
جلدك (jildaka) : kulit awak
مثل (mithlu) : macam
ظفرك (zufrika) : kuku awak
PENERANGAN

Menggaru gatal sendiri lebih baik daripada kita meminta orang lain garukan. Kerana hanya kita yang tahu, tahap mana gatal itu dan sekuat mana garuan itu perlu. Kalau terluka pun, tidak kisah, sebab itu kulit kita sendiri, dan yang menggarunya pula kuku sendiri. Kalau orang lain yang tolong garukan, pasti dia tidak tahu tahap mana yang kita perlu. Begitulah dalam hidup ini. Banyak benda perlu berdikari dan berdiri atas diri sendiri.
Tarikh pelajaran : 12 Feb 2011 oleh wanrusli.net
Topik 028 : Lebih Baik Dari Mengubat

الواقية (al-waqiyah) : pelindung
خير (khairun) : lebih baik
من (min) : dari
الراقية (ar-raqiyah): penjampi / pengubat
PENERANGAN
Menjaga kesihatan perlu agar tidak terkena penyakit yang memerlukan kita dirawat. Menjaga kesihatan adalah sebagai pelindung kita dari penyakit. Itu lebih baik dari kita menemui doktor atau bomoh untuk rawatan. Kerana rawatan dan jampi itu tidak menjamin kita akan kembali sihat sedia kala. Mungkin penyakit itu jadi kronik dan tidak dapat dirawat lagi. Jadi, mengawal lebih baik daripada merawat !
Tarikh pelajaran : 11 Feb 2011 oleh wanrusli.net
Topik 027 : Serah Kepada Yang Pakar

أعط (a'ti) : berikan
القوس (al-qauw) : panah
لباريها (li-bariya-ha) : kepada pelariknya / pembuatnya
PENERANGAN

Membuat panah dan meleturnya bukan kerja yang mudah. Ia memerlukan tukang yang mahir, kerana tersalah buat ia akan patah atau tidak dapat digunakan. Jadi, bukan aib kalau kalau kita serahkan perkara ini kepada yang mahir sahaja. Begitu juga tentang ilmu. Perlu bertanya kepada yang tahu dan pakar. Banyak perkara dalam hidup ini kita perlu bantuan orang yang lebih arif atau mahir.
Tarikh pelajaran : 10 Feb 2011 oleh wanrusli.net
Topik 026 : Dipatuk Dua Kali

لا (la) : tidak
يلسع (yulsa'u) : dipatuk
مؤمن (mukminin) : orang beriman
من (min) : dari
جحر (juhrin) : satu lubang
مرتين (marratain) : dua kali
PENERANGAN
Apa saja yang kita hadapi, pasti ada pengajaran untuk kita hadapi hari mendatang. Sekali ditipu, kita sepatutnya berjaga-jaga, agar tidak lagi ditipu. Orang beriman ialah yang belajar dari kesilapannya. Membiarkan diri hina dan diperbodohkan, bukanlah sifat orang yang beriman. Sekali kena, sudah cukup untuk orang Islam mendapat pengajaran.
Tarikh pelajaran : 09 Feb 2011 oleh wanrusli.net
Topik 025 : Cukup Setakat Dengar Saja

حسبك (hasbu-ka) : cukup untuk awak
من (min) : daripada
شر (syarrin) : kejahatan
سماعه (sama'uhu) : mendengarnya
PENERANGAN
Benda yang jahat jangan sekali dilakukan. Dan jangan juga mencubanya. Cukuplah setakat mendengar tentangnya sahaja. Kerana kejahatan itu, akibat dan mudharatnya sudah pasti buruk juga. Penyalahgunaan dadah misalnya, cukuplah setakat kita dengar tentang dadah itu, tidak perlulah kita mencubanya, apatah lagi ketagih menggunakannya.
Tarikh pelajaran : 08 Feb 2011 oleh wanrusli.net
Topik 024 : Tiada yang Baru

لا (la) : tiada
جديد (jadid) : yang baru
تحت (tahta) : di bawah
الشمس (ash-shams) : matahari
PENERANGAN
Sejarah sudah banyak kali berulang. Apa yang sudah berlaku, akan berlaku lagi. Seseolah benda yang sama berulang-ulang berlaku di bumi ini. Kerana sifat dan tabiat manusia adalah sama. Natijah dari itu, peristiwa yang berlaku hampir sama sahaja walau berbeza zaman dan tempat. Seseolah tiada benda baru berlaku di kalangan makhluk yang berlindung di bumi di bawah matahari ini.
Tarikh pelajaran : 07 Feb 2011 oleh wanrusli.net
Topik 023 : Langit Diharapkan Hujan

إن (inna) : sesungguhnya
السماء (as-sama') : langit
ترجى (turja) : diharap
حين (hiina) : ketika
تحتجب (tahtajibu) : mendung
PENERANGAN
Kita sering ditimpa kesukaran dan kedukaan dalam hidup. Ibarat langit yang mendung dan gelap. Langit yang mendung adalah satu petanda baik. Iaitu hujan akan turun tidak lama selepas itu. Jadi, begitu juga dengan hidup kita ini. Pastinya segala kemendungan yang menimpa pasti akan membawa hujan yang memberi rahmat kepada kita juga.
Tarikh pelajaran : 06 Feb 2011 oleh wanrusli.net
Topik 022 : Tempat Selamat Tidak Selamat

من (min) : dari
مأمنه (ma'mani-hi) : tempat selamatnya
يؤتى (yu'ta) : didatangi
الحذر (al-haziru) : orang yang berwaspada
PENERANGAN
Kadang-kadang, kita harapkan pagar pagar makan padi. Tempat yang dirasakan selamat itulah selalu bahaya datang. Kerana kita selalu tidak berwaspada bila kita berada di tempat ini. Penjenayah selalu mengambil peluang ini.
Tarikh pelajaran : 03 Feb 2011 oleh wanrusli.net
Topik 021 : Yang Lepas

ذهب (zahaba) : telah pergi / berlalu
أمس (amsi) : kelmarin
بما (bima) : dengan apa
فيه (fihi) : di dalamnya
PENERANGAN
Peristiwa semalam tidak perlu diungkitkan lagi. Contohnya, Umat Islam perlu melupai persengketaan lama yang menyebabkan timbulnya pecahan sunnah dan syiah. Kerana perpecahan itu melibatkan orang dulu yang sudah lama meninggal dunia. Tumpuan sekarang ialah membangunkan umat. Tidak perlu ada lagi bunuh membunuh kerana isu mazhab seperti ini.
Tarikh pelajaran : 01 Feb 2011 oleh wanrusli.net
Tajuk 020 : Yang Jahat itu Besar

الشر (ash-sharru) : kejahatan
قليله (qaliluhu) : sedikit dia
كثير (kathir) : banyak juga
PENERANGAN
Kata orang Melayu " buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali". Perbuatan jahat walaupun kecil atau sedikit tetap dikira besar dan banyak juga. Contohnya ada seorang yang terkenal sebagai orang baik. Setiap saat di melakukan kebaikan kepada orang. Tetapi, bila sekali dia melalukan kejahatan, semua kebaikannya selama ini terhapus terus. Itulah kesan kejahatan walaupun kecil...
Tarikh pelajaran : 30 Jan 2011 oleh wanrusli.net
Tajuk 019 : Kaya Nasib

حظ (hazzun) : nasib yang baik
في (fi) : di
السحاب (as-sahab) : awan
عقل (aqlun) : akal
في (fi) : di dalam
التراب (at-turab) : tanah / bumi
PENERANGAN
Kita selalu lihat orang yang kaya-raya bukan kerana kerana dia cerdik atau banyak ilmu. Memang sudah menjadi rezeki dia menjadi kaya. Mungkin kerana dia mewarisi kekayaan bapanya atau sebagainya. Kata orang Melayu "mendapat durian runtuh". Tidak perlu berusaha kuat dan berfikir untuk mendapat sesuatu.
Tarikh pelajaran : 27 Jan 2011 oleh wanrusli.net
Tajuk 018 : Balasan Perbuatan

كما (kama) : sebagaimana / seperti mana
تدين (ta-din) : awak membalas
تدان (tu-dan) : awak dibalas
PENERANGAN :
Kalau kita buat jahat kepada orang, nanti satu ketika orang juga akan buat jahat pula kepada kita. Begitu juga dengan perbuatan baik. Kalau tidak di dunia, ia berlaku di akhirat kelak. Segala perbuatan yang kita buat kepada orang akan kembali kepada kita juga akhirnya. Dalam bahasa Arab, perkataan دان - يدين (dana-ya-dinu) mempunyai banyak maknanya. Antaranya berhutangdan membalas. Sebab itulah hari akhirat juga disebut يوم الدين (yaum addin) - hari pembalasan.
Tarikh pelajaran : 26 Jan 2011 oleh wanrusli.net
Topik 017 : Dari Benih Menjadi Pokok

من (min) : dari
الحبة (al-habbah) : benih
تنشأ (tansya') : tumbuh
الشجرة (asy-syajarah) : pokok
PENERANGAN
Kebanyakan benda besar bermula dengan kecil. Kata orang Melayu "sedikit -sedikit lama-lama jadi bukit". Dengan belajar sesuatu dengan sedikit demi sedikit, akhirnya kita akan pandai juga. Begitu juga dengan usaha-usaha lain juga.
Tarikh pelajaran : 25 Jan 2011 oleh wanrusli.net
Tajuk 016 : Kini Tukul

كان (kana) : dulu dia
سنداناً (sindanan) : pelapik
ف (fa) : maka
صار (soro) : dia sudah jadi
مطرقة (mitraqah) : tukul
PENERANGAN
سندان (sindan) ialah pelapik atau alas yang digunakan tukang besi untuk mengetuk besi. Kedudukannya di bawah dan sentiasa tertindas. Tukul pula kedudukannya di atas dan berkuasa menekan yang lain. Tuah seseorang kita tidak tahu. Mungkin kita selalu mendengar orang yang dulunya hina dan melarat, dan kini mempunyai kedudukan tinggi pula. Kebanyakan orang-orang yang berjaya bermula dari bawah (سندان) dan akhirnya menjadi kuat dan berkuasa macam مطرقة (mitaraqoh) tadi.
Lihat gambar di bawah :

Tarikh pelajaran : 24 Jan 2011 oleh wanrusli.net
Tajuk 015 : Bahagia dan Sengsara

يوم (yaumun) : satu hari
لنا (lana) : milik kita
يوم (yaumun) : satu hari lain
علينا (alaina) : mengena kita
PENERANGAN
Ada hari kita bergembira dan ada hari kita berduka. Kata orang Melayu "langit tidak selalu cerah". Keadaan yang berlainan yang berlaku adalh lumrah. Tiada orang yang seumur hidupnya bahagia saja. Pasti akan datang satu ketika dia berduka dan menderita pula.
Tarikh pelajaran : 23 Jan 2011 oleh wanrusli.net
Tajuk 014 : Semakin Kurang

كل (kullu) : setiap
زائد (zaidun) : yang bertambah
ناقص (naqisun) : menjadi berkurang
PENERANGAN
Semakin hari umur kita semakin bertambah... Tapi, ingatkah kita bahawa umur itu juga dalam masa yang sama semakin menghampiri penamat dan berkurang juga. Jadi semua benda yang meningkat atau bertambah, satu hari ia akan turun dan jatuh juga. Jadi setiap benda yang bertambah pasti juga berkurang !
Tarikh pelajaran : 22 Jan 2011 oleh wanrusli.net
Tajuk 013 : Esok Untuk Orang Lain !

عسى ('asa) : boleh jadi
غد (ghadun) : esok
لغيرك (li-ghairi-ka) : untuk orang lain
PENERANGAN
Perbuatan suka bertangguh melakukan sesuatu adalah sikap yang tidak baik. Boleh jadi apa yang kita boleh dapat hari ini, tidak lagi menjadi milik kita esoknya. Peluang kita mungkin terlepas kerana sikap bertangguh ini. Esok ada perkiraannya sendiri. Ya.. benarlah, ia kemungkinan bukan memihak kepada kita lagi...
Tarikh pelajaran : 21 Jan 2011 oleh wanrusli.net
Tajuk 012 : Usaha Ada Berkat

الحركة (al-harakah) : bergerak
بركة (barakah) : ada berkat
PENERANGAN
Keberkataan dan rezeki tidak akan datang tanpa bergerak dan berusaha. Bak kata orang Melayu, 'Yang pipih tidak akan datang melayang, yang bulat tidak akan datang bergolek. Bila kita bergerak untuk berusaha, restu Tuhan melalui keberkatan akan datang kepada kita. Berkat ini adalah 'restu' sebenarnya.. !
Tarikh pelajaran : 20 Jan 2011 oleh wanrusli.net
Tajuk 011 : Kepercayaan dan Jidad

إن (inna) : sesungguhnya
الحياة (al-hayata) : kehidupan
عقيدة (aqidatun) : kepercayaan
و (wa) : dan
جهاد (jihadn) : perjuangan
PENERANGAN
Keyakinan adalah asas kehidupan. Keyakinan kepada masa depan, keyakinan terhadap keyaaan dan macam -macam lagi keyakinan dan kepercayaan. Bersumberkan keyakinan inilah manusia bergerak dan meneruskan kehidupan mereka yang juga memerlukan perjuangan dalam bentuk usaha dan sebagainya. Ya, benarlah kehidupan ini adalah satu kepercayaan dan jihad..!
Tarikh pelajaran : 19 Jan 2011 oleh wanrusli.net
Tajuk 010 : Kawan Dengan Yang Sama Bentuk

الطيور (at-tuyur) : burung-burung
على (ala) : atas
أشكالها (ashkaliha) : sejenisnya / sama bentuknya
تقع (taqau') : hinggap
PENERANGAN
Orang yang baik akan berkawan dengan orang baik juga. Begitulah juga dengan orang jahat. Jarang berlaku orang jahat berkawan dengan yang baik. Umpama burung-burung juga. Mereka berkawan dan berkumpulan bersama yang sejenis dengannya sahaja.
Tarikh pelajaran : 18 Jan 2011 oleh wanrusli.net
Tajuk 009 : Senyap dan Khusu'

كأن (ka'anna) : seolah - olah
على (ala) : di atas
رؤوسهم (ru'usi-him) : kepala-kepala mereka
الطير (at-tair) : burung
PENERANGAN
Burung biasanya akan hinggap pada objek yang tidak bergerak seperti atau atau kayu. Bagi menggambarkan suasana orang tenang, khusuk atau terpaku diam tidak bergerak, perumpaan ini digunakan. Sehinggakan burung boleh hinggap di kepala mereka kerana menyangkanya kayu atau batu..
Tarikh pelajaran : 17 Jan 2011 oleh wanrusli.net
Tajuk 008 : Dua Organ Manusia

إنما (innama) : hanyalah
المرء (almar'u) : lelaki itu
بأصغريه (bi-asgharai-hi) : dengan dua organ kecilnya
قلبه (qalbihi) : hatinya
ولسانه (wa-lisanihi) : dan lidahnya
PENERANGAN
Manusia bernilai pada dua organnya sahaja, iaitu pertama : hatinya yang menjadi sumber akal fikirannya dan pusat kawalan emosi, dan kedua : lidahnya yang menjadi perterjemah kepada hatinya tadi. Jadi, manusia yang tidak ada hati perut dan tidak pula menggunakan fikiran akan setaraf dengan haiwan lain. Begitu juga dengan orang bercakap tanpa berfikir dan pertimbangan...!
Tarikh pelajaran : 16 Jan 2011 oleh wanrusli.net
Tajuk 007 : Dengan Jiwa Bukan Badan

أنت (anta) : awak
بالنفس (bin-nafsi) : dengan jiwa
لا (la) : tidak
بالجسم (bil-jismi) dengan badan
إنسان (insanu) : seorang insan
PENERANGAN
Beza manusia dan binatang ialah manusia dikurnia akal dan jiwa. Kalau nilai manusia pada badannya, maka apa bezanya dengan binatang tadi. Jadi, insannya seorang insan adalah kerana jiwanya. Jiwa termasuklah akal dan akhlaknya.
Tarikh pelajaran : 14 Jan 2011 oleh wanrusli.net
Tajuk 006 : Ziarah Sekali Sekala

زر (zur) : berziarahlah
غباً (ghibban) : sekali sekala
تزدد (tazdad) : awak bertambah
حباً (hubban) : cinta
PENERANGAN
Hujan kalau sekali sekala datang menyebabkan orang tertunggu-tunggu dengan kerinduan. Bila kerap kita menziarahi rakan atau saudara kita, mereka akan menggangap itu satu kebiasaan. Tapi jika dilakukan secara sekali sekali maka akan bertambah kemesraan dan kasih sayang. Perkataan غباً dalam bahasa Arab bermaksud selang. Bermakna samada selang sehari, selang seminggu atau sebagainya.
Tarikh pelajaran : 13 Jan 2011 oleh wanrusli.net
Tajuk 005 : Suka Yang Di Larang

أحب (ahabbu) : yang paling digemari
شيء (shay) : sesuatu
للإنسان (lil-insan) : bagi manusia
ما (ma) : apa
منع (munia') : yang terlarang
PENERANGAN
Menjadi kebiasaan sesuatu yang disuruh tidak dipedulikan. Benda yang dilarang itu juga yang dilakukan. Ini mungkin menjadi tabiat semulajadi. Macam kanak-kanak kecil, mereka gemar benda yang dilarang. Mungkin kerana manusia ini suka mencuba? Wallahua'alam.
Tarikh pelajaran : 12 Jan 2011 oleh wanrusli.net
Tajuk 004 : Panggil Orang Mati

لقد (laqad) : sudah
أسمعت (asma'ta) : awak memperdengarkan
لو (law) : jika
ناديت (nadaita) : awak panggil
حياً (hayyan) : orang hidup
PENERANGAN
Selalu berlaku orang yang kita panggil buat-buat tidak endah dengan panggilan kita. Atau orang yang kita nasihat tidak mahu mendengar nasihat kita. Jadi, samalah umpama kita menyeru orang yang sudah tidak bernyawa!
Tarikh pelajaran : 11 Jan 2011 oleh wanrusli.net
Tajuk 003 : Dunia Jadi Jadi Sempit

ضاقت (dhaqat) : menjadi sempit
عليه (alaihi) : ke atasnya
الأرض (al-ardhu) : bumi
بما (bima) : sekalipun
رحبت (rahubat) : ia luas
PENERANGAN
Bila sesorang insan menghadapi sesuatu kesusahan ia akan merasakan yang dunia ini sempit. Kadang-kadang pula dia menjadi serba salah dan tidak tahu ke mana hendak dituju lagi. Pepatah ini berasal dari pada al Quran, surah an-Nahl ayat 120.
Tarikh pelajaran : 10 Jan 2011 oleh wanrusli.net
Tajuk 002 : Orang Asing

الفقر (al-faqru) : kemiskinan / kepapaan
في (fi) di
الأوطان (al-awtan) : tanahair / bumi sendiri
غربة (keasingan)
PENERANGAN:
Orang asing bila berada di negera orang, dia asalnya tidak memiliki apa-apa. Sebab harta dan keluarga berada di negara asalnya. Jadi, jika anak watan yang berada di negara sendiri miskin melarat, maka apa bezanya dengan orang asing tadi. Anak watan ada banyak kelebihan untuk berkerja berbanding orang asing. Tapi bila orang asing itu pula yang senang lenang di negara orang maka seseolah merekalah anak watan dan yang anak watan tadi jadi asing di negara sendiri pula...!
Tarikh pelajaran : 09 Jan 2011 oleh wanrusli.net
Tajuk 001 : Manusia Pelbagai

الناس (an-nas) : manusia
معادن (maa'din) : logam-logam
PENERANGAN :
Setiap manusia berbeza dari segi pangkat darjat dan sifat. Sebagaimana logam ada emas yang bernilai tinggi dan ada juga perak dan juga besi. Logam ada yang mudah karat, ada yang boleh dibentuk dan ada yang mudah dipatahkan, begitulah juga manusia. Jadi benarlah bahawa manusia bagaikan logam-logam !
Tarikh pelajaran : 08 Jan 2011 oleh wanrusli.net
This is what I'm looking for. Syukran
BalasHapus